Friday 19 August 2011

Ramadan Berdarah Siri 4 : Abadi baju raya

KEMAMAN: Hanya pakaian raya yang baru dibeli menjadi kenangan abadi tiga beranak yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan di persimpangan masuk ke Awana Kijal & Spa Resort, Kijal, di sini, kelmarin.
Kejadian pada jam 11.15 malam itu berlaku ketika mangsa, Aswari Ariffin, 36, isterinya, Nik Herna Haryani Mokhtar, 28, dan anak tunggal mereka, Mohd Airil Zufairi Aswari, 3, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Gong Cengal, Kemasek, di sini, selepas membeli persiapan Aidilfitri di Kuantan.

Mereka mati di tempat kejadian manakala adik Nik Herna, Nik Nursyafikah Mokhtar, 10, yang berada dalam kenderaan itu patah kaki dan tangan serta cedera di kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu Aswari dari Kuantan ke Kuala Terengganu terbabas sebelum bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah bertentangan.

Menurut seorang lagi adik Nik Herna, Nik Mohd Khairul Azim Mokhtar, 20, ahli keluarganya itu mengambil kesempatan cuti umum sempena Nuzul Quran untuk membeli-belah bagi menyambut Aidilfitri di Kuantan.

“Abang ipar saya (Aswari) yang bekerja di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, baru mendapat gaji Selasa lalu dan dia menyewa Perodua Viva untuk membawa keluarganya membeli persiapan menyambut Aidilfitri.


“Dia bersama kakak dan anak bertolak ke Kuantan pada jam 11 pagi, tapi kira-kira sejam kemudian mereka berpatah balik untuk mengambil Nik Nursyafikah kerana sudah berjanji membawanya untuk membeli baju raya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Kemaman, semalam.

Nik Mohd Khairul berkata, dia tahu mengenai kemalangan itu selepas ibunya menerima panggilan daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian pada jam 12 tengah malam.
“Kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mereka sudah dibawa ke Hospital Kemaman.

“Apabila tiba di hospital, kami terkejut apabila mendapati kakak, abang ipar dan anak mereka sudah meninggal dunia manakala Nik Nursyafikah dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata malam sebelum kejadian dia hairan melihat cucunya, Mohd Airil bangun bersahur dan membawakan segelas air minuman.

“Saya agak terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah bangun sahur dan kelihatan ceria sepanjang pagi itu, namun saya tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk bakal berlaku,” katanya yang mengakui tidak berasa sedap hati dan berdebar sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata ketika kejadian, keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasek di sini, selepas membeli-belah di Kuantan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terbabas dan gagal dikawal lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah Suzuki Swift yang datang dari arah Kuala Terengganu,” katanya.

Menurutnya, tiga beranak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nik Nursyafikah parah di kepala serta badan dikejarkan ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu Suzuki Swift, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 25, pekerja Tenaga Nasional Berhad yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Chukai patah kaki dan masih dirawat di Hospital Kemaman,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang meninggal dunia dipercayai akibat parah di kepala dan badan dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Kemasik di sini, pada jam 2 petang semalam.

Sementara itu, abang ipar Nik Herna, Rahmat Idris, 29, yang ditemui di HSNZ memaklumkan Nik Nursyafikah berada dalam keadaan koma sejak dipindahkan ke hospital itu, awal pagi semalam.

“Saya tidak pasti keadaan sebenar Nik Nursyafikah yang juga anak bongsu daripada sembilan beradik, cuma dimaklumkan doktor dia patah kaki dan tangan,” katanya. SUMBER-Harian Metro


hewmmmmmmmm,,sekali lagi saudara kita dpanggil menghadap Ilahi.. sedih,pilu,hiba.... AL-FATIHAH~~

Saturday 13 August 2011

aaaaku nak ckp siket!!!

 hehehe bkn ape,,aje nak bkongsi yang aku arini berbuke dirumah bersame2 mak,tokcu,maklong(bos aku),pakcu,makcu n tentere2 kecil dirumah(syurge duniaku).. tapi my hero(bapak akulaa) takde coz dye keje.. hehehehe pe2 pon mmg best n riuh gilerrr time berbuke td... k aku nak g men futsal dlu..bubyeeeee..muahxxxx!!!!!

Friday 12 August 2011

APA ITU MERDEKA??????

"bang!! abg ney merdeka ke??"

"merdekalah!! nape?"

"ape tu merdeka bang?"

Hahahahahahaha... kelu gak lidah aku bile budak tecik 2 tanye,,tergugup gak na menjawap,bkn ape,,takut gak kalau2 jawapan yang kite bg salah ataupun tak kene pd umur dye ney,,,,So aku jawapjewla ngn pnuh patriotik...

 "dik,merdeka ney maksud nye kite bebas dari cengkaman penjajah,,,bukan setakat bebas dari peperangan,tapi bebas dari anasir2 luar,hidup aman,tak terikut sgt ngan budaya-budaya luar,mcm2 lg la"

dgn selambe dye ckp

"bang! kalau mcm tu kite tak bleyh la mkn ayam KFC tu kan? kan2?"

sambil tgn dye nak rembat ayam kat tgn aku n sblah lg da berjaye rembat seketul lagi yg belum terusik dari dlm kotak diner plate aku... erk???

skarang budak tu da ad kat I.C.U hek3..... acah jeee...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN,,,TAK KIRELAH APE PON PANDANGAN KORANG, YANG PENTING SAYANGILAH NEGARE KITE INI... LOVE U MALAYSIA!!!

(tbe2 terdengar lagu allayarham Sudirman)

Ramadan Berdarah Siri 3 : Hasrat berbuka bersama isteri tak sampai

BENTONG: Hasrat seorang penghantar surat khabar yang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama isterinya, berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas van yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Kilometer 74.4, Lebuhraya Kuantan-Kuala Lumpur, di Sungai Dua, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Zulazmi Nuwawo, 40, dari Taman Pulai Idaman, Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan dada.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata sebelum kejadian, mangsa yang memandu berseorangan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur selepas selesai menyelesaikan urusan kerja.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

Katanya, akibat rempuhan kuat itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum mayatnya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Bentong.

“Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.


“Rawatan awal yang cuba diberikan kepada mangsa di tempat kejadian juga gagal kerana mangsa sudah meninggal dunia. Mayatnya dihantar ke Hospital Bentong (HB),” katanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.           SUMBER: Harian Metro

Al-Fatihah~~~ 

Ramadan Berdarah Siri 2 : Remaja ke surau maut

JASIN: Impian seorang remaja menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22.8 Jalan Melaka-Muar di Kampung Sempang, Merlimau, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Mohamad Afez Hassan, 19, maut di tempat kejadian selepas motosikal Suzuki Shogun RR ditunggangnya bertembung sebuah van menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.

Bapa mangsa, Hassan Mohd, 50, berkata, anaknya baru menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor sejak beberapa bulan lalu dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke UMT selepas hari raya Aidilfitri ini.

Katanya, anak keduanya itu yang juga pasangan kembar kepada kakaknya Norhafiza, 19, sudah membuat persiapan menyambung pengajiannya dengan menyimpan semua pakaian dan keperluan sejak seminggu lalu.

“Bagaimanapun, takdir menentukan dia pergi buat selama-lamanya hari ini (semalam). Saya pun tak sangka perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah menjadi noktah terakhir dalam hidupnya.


“Patutlah arwah memberitahu emaknya dia beria-ia hendak berhenti kerja (sebagai pembantu kedai serbaneka 24 jam di Semabok) semalam (kelmarin). Kami tak tahu ia menjadi petanda arwah akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak pulang ke kampung sementara menunggu kemasukan ke UMT, Allahyarham sering ke surau menunaikan solat Subuh
“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sempat menemuinya, namun mendapati arwah sudah meninggal,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan mendapati selepas keluar dari persimpangan Jalan Pasir Gembur 1, mangsa terus membelok ke kanan menuju ke arah Merlimau melalui laluan bertentangan di bahu jalan.

Katanya, mangsa dipercayai cuba melintas laluan bertentangan itu sebelum dirempuh sebuah van dari arah Melaka.

“Kenderaan mangsa dipercayai diseret sejauh kira-kira 11 meter dan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Mayat Mohamad Afez dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.            SUMBER : Harian Metro


“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sempat menemuinya, namun mendapati arwah sudah meninggal,”

.... kompem pak cik ney sayu,biler tngok anak yang diasuh menjadi orang yang bergune dan taat kpd agame maut didpn mate....  tapi yelahkan ajal maut ney kite ta boleyh nak ckp sgt,kdg2 kite berhati-hati org len pulak yang mcm 'tuuut' bwk kete hentam kite... hewmmm... ape2 pn,sabarlah pak cik... sesungguhnye Allah lebih sayangkan beliau.. Al-Fatihah~~

Ramadan Berdarah Siri 1 : Dua maut motosikal berlanggar bas ekspres di Kulim

Dua maut motosikal berlanggar bas ekspres di Kulim


2011/08/12

KULIM: Dua lelaki maut setelah motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di satu selekoh di KM 7 Jalan Kulim-Junjong di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, bas milik syarikat Star Ekspres itu dipercayai menyeret kedua-dua mangsa bersama motosikal kira-kira 20 meter.
Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui pada pakaiannya, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Ridwan Che Embi, 28, dari di Kampung Tengah, Alma, Bukit Mertajam manakala identiti seorang lagi belum dapat dikenal pasti. Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Pemandu bas berkenaan, Mokhtar Hassan, 46, berkata beliau bertolak dari Melaka menuju Kulim pada jam 10 malam tadi dan ketika kejadian, terdapat tiga penumpang yang kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama, menasihatkan pengguna jalan Kulim-Junjong supaya lebih berhati-hati terutama di sekitar tanah perkuburan Cina di situ kerana terdapat beberapa selekoh berbahaya di situ. - BERNAMA


.....hewmmmm... aku kalau time puase2 nak menjelang rayer ney muler la seriau nak duduk atas jalan rayer,,,darah merah kiter ney terus jd darah manis...ngalahkan darah manis org btunang lg... ape2 pon Al-Fatihah kepade mereke... semoga roh mereke tenang disane~~
... lupe lak ati2 taw kawan2!!! (aku nak balik kpg lak uh mlm ney) adoyay SERIAUUUUUUU!!!