Friday 12 August 2011

Ramadan Berdarah Siri 2 : Remaja ke surau maut

JASIN: Impian seorang remaja menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22.8 Jalan Melaka-Muar di Kampung Sempang, Merlimau, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Mohamad Afez Hassan, 19, maut di tempat kejadian selepas motosikal Suzuki Shogun RR ditunggangnya bertembung sebuah van menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.

Bapa mangsa, Hassan Mohd, 50, berkata, anaknya baru menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor sejak beberapa bulan lalu dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke UMT selepas hari raya Aidilfitri ini.

Katanya, anak keduanya itu yang juga pasangan kembar kepada kakaknya Norhafiza, 19, sudah membuat persiapan menyambung pengajiannya dengan menyimpan semua pakaian dan keperluan sejak seminggu lalu.

“Bagaimanapun, takdir menentukan dia pergi buat selama-lamanya hari ini (semalam). Saya pun tak sangka perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah menjadi noktah terakhir dalam hidupnya.


“Patutlah arwah memberitahu emaknya dia beria-ia hendak berhenti kerja (sebagai pembantu kedai serbaneka 24 jam di Semabok) semalam (kelmarin). Kami tak tahu ia menjadi petanda arwah akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak pulang ke kampung sementara menunggu kemasukan ke UMT, Allahyarham sering ke surau menunaikan solat Subuh
“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sempat menemuinya, namun mendapati arwah sudah meninggal,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan mendapati selepas keluar dari persimpangan Jalan Pasir Gembur 1, mangsa terus membelok ke kanan menuju ke arah Merlimau melalui laluan bertentangan di bahu jalan.

Katanya, mangsa dipercayai cuba melintas laluan bertentangan itu sebelum dirempuh sebuah van dari arah Melaka.

“Kenderaan mangsa dipercayai diseret sejauh kira-kira 11 meter dan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

“Mayat Mohamad Afez dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.            SUMBER : Harian Metro


“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sempat menemuinya, namun mendapati arwah sudah meninggal,”

.... kompem pak cik ney sayu,biler tngok anak yang diasuh menjadi orang yang bergune dan taat kpd agame maut didpn mate....  tapi yelahkan ajal maut ney kite ta boleyh nak ckp sgt,kdg2 kite berhati-hati org len pulak yang mcm 'tuuut' bwk kete hentam kite... hewmmm... ape2 pn,sabarlah pak cik... sesungguhnye Allah lebih sayangkan beliau.. Al-Fatihah~~

No comments:

Post a Comment