Friday 12 August 2011

Ramadan Berdarah Siri 3 : Hasrat berbuka bersama isteri tak sampai

BENTONG: Hasrat seorang penghantar surat khabar yang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama isterinya, berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas van yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Kilometer 74.4, Lebuhraya Kuantan-Kuala Lumpur, di Sungai Dua, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Zulazmi Nuwawo, 40, dari Taman Pulai Idaman, Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan dada.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata sebelum kejadian, mangsa yang memandu berseorangan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur selepas selesai menyelesaikan urusan kerja.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

Katanya, akibat rempuhan kuat itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum mayatnya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Bentong.

“Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.


“Rawatan awal yang cuba diberikan kepada mangsa di tempat kejadian juga gagal kerana mangsa sudah meninggal dunia. Mayatnya dihantar ke Hospital Bentong (HB),” katanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.           SUMBER: Harian Metro

Al-Fatihah~~~ 

No comments:

Post a Comment